...................................................................................................

Salam semua. Ceria tak hari ni? Kalau tak berapa nak ceria, you have come to a right place. Ketuhar ShaAz baru dilancarkan dan menyediakan MACARON enak untuk anda nikmati. Manisnya MACARON ini... Well, MACARON memang la manis. Kalau tak manis tak la dia jadi pemanis mulut. MACARON adalah sejenis manisan yang berasal dari Perancis. So, bersempena pembukaan Ketuhar ShaAz.. anda boleh menikmati MACARON yang sedap ni dengan harga yang berpatutan. So, apa lagi? Jom la order.

...................................................................................................

9.19.2012

Mini Moist Chocolate Cake

Salam,

Lama sudah tiada update. Raya hari itu kami agak sibuk menyiapkan tempahan untuk kek, dan biskut raya. Tak sempat nak promote di blog pon. Maaf yang teramat sangat.

InsyaAllah kami akan selalu-selalu update. Dengan kecanggihan dunia hari ini, semakin mudah untuk kami update blog bisnes kecil ini.

Hari ni kami nak kongsikan menu baru. Iaitu mini moist chocolate cake. Kelebihan menu ni ianya kecil dan senang di makan. Tak ada la isu sepah sepah di lantai ataupun potongan kek yang tidak sama. Semuanya sama saiz. Comel dan sekali ngappp je....

Saiznya yang mini amatlah bersesuaian untuk pemanis bagi malis hari jadi atau kenduri tahlil ataupun open house. Juga untuk dijadikan menu tambahan
dbagi candy table di majlis perkahwinan. Mini moist chocolate cake ini di buat istimewa sekali dengan filing filing yang pelbagai yang terdiri daripada peanut, caramel, vanilla cream, lemon buttercream, chocolate dan macam-macam lagi. Selamat mencuba dan jangan lupa order tau.


7.26.2012

Lemon Buttercream Macaron


Salam... for the last few weeks, saya busy dengan kerja dan juga busy berbaking. Ada tempahan yang harus saya siapkan. Alhamdulillah... masih ada yang sudi nak menempah macaron dengan saya. Terharu sangat. Malah saya bersyukur ada beberapa regular customer yang akan order terutamanya untuk tempahan hantaran. Thanks for all the support. 

Ni saya nak kongsikan hasilnya...

Tadaaaa

23 pcs of macaron. It supposed to be 24 pcs for this casing.. 
but I make it bigger this time to make it looks more yummy.


The close up... comel kan???

This one is special edition... mini macaron in special casing. 
You can choose the colour if you want.

Kalau ada sesiapa nak tempah dengan saya... jemputlah. Jangan segan-segan tau. Hehehe.



7.11.2012

Macaron Purple + Grey for Dowry

Salam. Hari ni saya nak share satu lagi tempahan macaron yang 
ditempah oleh Puan Azyan untuk majlis pertunangan sepupunya. Bertemakan purple + grey... macaron yang ditempah menjadi sangat-sangat. Thanks for the order. 

Macaron with chocolate ganache & caramel filing

Siap diwrap dan disediakan di atas bakul wire agar tampak elegan 

7.08.2012

Caramel Moist Chocolate Cake

Caramel Moist Chocolate Cake

Salam semua. It's been quite sometime saya tak update. Mana tak nya... saya busy dengan hal-hal perkahwinan, pindah rumah, mengemas dan sebagainya. Langsung tak sempat nak baking. Ada baking pun, saya tak sempat nak ambil gambar dan post entry. Terlalu pack masa. Tapi alhamdulillah, berjaya juga saya berasapkan dapur Ketuhar ShaAz dengan membuat cake ni. "Caramel Moist Chocolate Cake" sedap dimakan... enak sekali... 

Ini merupakan cubaan pertama saya. Lebihan kuning telur yang saya gunakan untuk buat macaron.. saya adunkan menjadi cake ini. Alhamdulillah.. cubaan pertama yang menjadi. Husband saya pun suka. Disebabkan banyak sangat cake ni untuk kami berdua makan, saya hantar sedikit ke rumah mertua dan adik ipar. Ada suku lagi di rumah... untuk dimakan malam nanti.

Kalau ada sesiapa berminat nak order boleh la beritahu saya. InsyaAllah next post.. saya akan tunjukkan gubahan macaron untuk hantaran tunang yang ditempah oleh kawan saya. Till my next post.... ^_^

2.07.2012

Macaron Again

Salam semua. Its been a while sampai bersarang blog ini kan? I've been baking in my little kitchen memenuhi permintaan dan tempahan sehingga sulit sekali mencari masa untuk edit gambar-gambar dan post di sini. Malam ini baru berkesempatan. Well here some pictures of macaron yang ditempah oleh Cik Intan sempena majlis petunangannya last Saturday. 4 Feb 2012.... 

Macaron for Goodies Bag

Yang ini pulak sebagai hantaran

Thanks dear for the order. Btw, filing yang diminta adalah... Chocolate Ganache, Caramel, Lemon Buttercream dan Strawberry. Alhamdulillah she said dia sangat-sangat berpuas hari. Thanks again. Muah muah muah... Esok malam I'll update lagi k. See ya. 

1.09.2012

Projek Baru

Salam semua. Lama saya tak update apa-apa entry kan. Ni nak berbisnes ke tak ni? Eh... mestilah nak.Beberapa minggu lepas, saya agak sibuk menyiapkan tempahan cookies. 6 kg of Fames Chocolate Chip Cookies telah terjual. Maklumla... saya tak ada pekerja. Buat sendiri... tu yang agak mencabar. Hehehe... Sibuk sampai tak sempat nak update gambar. Nak update blog pun tak sempat. Macam mana nak sempat kalau dah hampir tiap-tiap malam saya tidur pukul 2 3 pagi.

Syukur alhamdulillah. Kepada mereka-mereka yang sudi membuat tempahan di Ketuhar Shaaz. Respon dari pembeli pun... Alhamdulillah. Membuatkan Ketuhar Shaaz seronok nak baking-baking lagi.

Weekend yang lepas Ketuhar Shaaz ada buat kek Kurma Cranberries. Tapi, tak sempat nak ambil gambah dah habis di makan. Buat kek tu pun saja-saja. Kebetulan family datang ke KL. Maka saya jamu mereka dengan kek itu.

Tapi jangan risau, akan ada update terbaru untuk projek terbaru Ketuhar Shaaz. Ketuhar Shaaz akan bake Moist Chocolate Cake untuk hari jadi BFF Cik Shaaz. Dan berkilo-kilo Chocolate Chip Cookies akan di produce untuk jualan terbuka. So.... nanti silalah berkunjung ke sini untuk meninjau projek terbaru Ketuhar Shaaz. Till then. ^_^

12.11.2011

Chocolate Chip Cookies

Cookies... cookies... cookies... Chocolate Chip Cookies ini mostly semua orang suka. Saya sendiri suka. Kalau setiap kali lalu kedai atau booth Fames Ames... pasti akan singgah. Tak perlu tunggu nampak kedai... bila terbau je terus cari. Siapa yang tak suka biskut Fames Ames kan? Ihsan dari saudara saya... saya berjaya buat biskut yg hasilnya sama seperti Fames Ames. Ye ke sama? Tak la sama macam Fames Ames tu dan tak la sesedap Fames Ames tu... Tapi LEBIH sedap dan LEBIH best dari Fames Ames. Kalau tak percaya cubalah.

Chocolate Chip Cookies 
RM5.50 / 100gram
(delivery or postage only available for 400gram and above)