Salam,
Lama sudah tiada update. Raya hari itu kami agak sibuk menyiapkan tempahan untuk kek, dan biskut raya. Tak sempat nak promote di blog pon. Maaf yang teramat sangat.
InsyaAllah kami akan selalu-selalu update. Dengan kecanggihan dunia hari ini, semakin mudah untuk kami update blog bisnes kecil ini.
Hari ni kami nak kongsikan menu baru. Iaitu mini moist chocolate cake. Kelebihan menu ni ianya kecil dan senang di makan. Tak ada la isu sepah sepah di lantai ataupun potongan kek yang tidak sama. Semuanya sama saiz. Comel dan sekali ngappp je....
Saiznya yang mini amatlah bersesuaian untuk pemanis bagi malis hari jadi atau kenduri tahlil ataupun open house. Juga untuk dijadikan menu tambahan
dbagi candy table di majlis perkahwinan. Mini moist chocolate cake ini di buat istimewa sekali dengan filing filing yang pelbagai yang terdiri daripada peanut, caramel, vanilla cream, lemon buttercream, chocolate dan macam-macam lagi. Selamat mencuba dan jangan lupa order tau.