...................................................................................................

Salam semua. Ceria tak hari ni? Kalau tak berapa nak ceria, you have come to a right place. Ketuhar ShaAz baru dilancarkan dan menyediakan MACARON enak untuk anda nikmati. Manisnya MACARON ini... Well, MACARON memang la manis. Kalau tak manis tak la dia jadi pemanis mulut. MACARON adalah sejenis manisan yang berasal dari Perancis. So, bersempena pembukaan Ketuhar ShaAz.. anda boleh menikmati MACARON yang sedap ni dengan harga yang berpatutan. So, apa lagi? Jom la order.

...................................................................................................

9.19.2012

Mini Moist Chocolate Cake

Salam,

Lama sudah tiada update. Raya hari itu kami agak sibuk menyiapkan tempahan untuk kek, dan biskut raya. Tak sempat nak promote di blog pon. Maaf yang teramat sangat.

InsyaAllah kami akan selalu-selalu update. Dengan kecanggihan dunia hari ini, semakin mudah untuk kami update blog bisnes kecil ini.

Hari ni kami nak kongsikan menu baru. Iaitu mini moist chocolate cake. Kelebihan menu ni ianya kecil dan senang di makan. Tak ada la isu sepah sepah di lantai ataupun potongan kek yang tidak sama. Semuanya sama saiz. Comel dan sekali ngappp je....

Saiznya yang mini amatlah bersesuaian untuk pemanis bagi malis hari jadi atau kenduri tahlil ataupun open house. Juga untuk dijadikan menu tambahan
dbagi candy table di majlis perkahwinan. Mini moist chocolate cake ini di buat istimewa sekali dengan filing filing yang pelbagai yang terdiri daripada peanut, caramel, vanilla cream, lemon buttercream, chocolate dan macam-macam lagi. Selamat mencuba dan jangan lupa order tau.


7.26.2012

Lemon Buttercream Macaron


Salam... for the last few weeks, saya busy dengan kerja dan juga busy berbaking. Ada tempahan yang harus saya siapkan. Alhamdulillah... masih ada yang sudi nak menempah macaron dengan saya. Terharu sangat. Malah saya bersyukur ada beberapa regular customer yang akan order terutamanya untuk tempahan hantaran. Thanks for all the support. 

Ni saya nak kongsikan hasilnya...

Tadaaaa

23 pcs of macaron. It supposed to be 24 pcs for this casing.. 
but I make it bigger this time to make it looks more yummy.


The close up... comel kan???

This one is special edition... mini macaron in special casing. 
You can choose the colour if you want.

Kalau ada sesiapa nak tempah dengan saya... jemputlah. Jangan segan-segan tau. Hehehe.



7.11.2012

Macaron Purple + Grey for Dowry

Salam. Hari ni saya nak share satu lagi tempahan macaron yang 
ditempah oleh Puan Azyan untuk majlis pertunangan sepupunya. Bertemakan purple + grey... macaron yang ditempah menjadi sangat-sangat. Thanks for the order. 

Macaron with chocolate ganache & caramel filing

Siap diwrap dan disediakan di atas bakul wire agar tampak elegan 

7.08.2012

Caramel Moist Chocolate Cake

Caramel Moist Chocolate Cake

Salam semua. It's been quite sometime saya tak update. Mana tak nya... saya busy dengan hal-hal perkahwinan, pindah rumah, mengemas dan sebagainya. Langsung tak sempat nak baking. Ada baking pun, saya tak sempat nak ambil gambar dan post entry. Terlalu pack masa. Tapi alhamdulillah, berjaya juga saya berasapkan dapur Ketuhar ShaAz dengan membuat cake ni. "Caramel Moist Chocolate Cake" sedap dimakan... enak sekali... 

Ini merupakan cubaan pertama saya. Lebihan kuning telur yang saya gunakan untuk buat macaron.. saya adunkan menjadi cake ini. Alhamdulillah.. cubaan pertama yang menjadi. Husband saya pun suka. Disebabkan banyak sangat cake ni untuk kami berdua makan, saya hantar sedikit ke rumah mertua dan adik ipar. Ada suku lagi di rumah... untuk dimakan malam nanti.

Kalau ada sesiapa berminat nak order boleh la beritahu saya. InsyaAllah next post.. saya akan tunjukkan gubahan macaron untuk hantaran tunang yang ditempah oleh kawan saya. Till my next post.... ^_^

2.07.2012

Macaron Again

Salam semua. Its been a while sampai bersarang blog ini kan? I've been baking in my little kitchen memenuhi permintaan dan tempahan sehingga sulit sekali mencari masa untuk edit gambar-gambar dan post di sini. Malam ini baru berkesempatan. Well here some pictures of macaron yang ditempah oleh Cik Intan sempena majlis petunangannya last Saturday. 4 Feb 2012.... 

Macaron for Goodies Bag

Yang ini pulak sebagai hantaran

Thanks dear for the order. Btw, filing yang diminta adalah... Chocolate Ganache, Caramel, Lemon Buttercream dan Strawberry. Alhamdulillah she said dia sangat-sangat berpuas hari. Thanks again. Muah muah muah... Esok malam I'll update lagi k. See ya. 

1.09.2012

Projek Baru

Salam semua. Lama saya tak update apa-apa entry kan. Ni nak berbisnes ke tak ni? Eh... mestilah nak.Beberapa minggu lepas, saya agak sibuk menyiapkan tempahan cookies. 6 kg of Fames Chocolate Chip Cookies telah terjual. Maklumla... saya tak ada pekerja. Buat sendiri... tu yang agak mencabar. Hehehe... Sibuk sampai tak sempat nak update gambar. Nak update blog pun tak sempat. Macam mana nak sempat kalau dah hampir tiap-tiap malam saya tidur pukul 2 3 pagi.

Syukur alhamdulillah. Kepada mereka-mereka yang sudi membuat tempahan di Ketuhar Shaaz. Respon dari pembeli pun... Alhamdulillah. Membuatkan Ketuhar Shaaz seronok nak baking-baking lagi.

Weekend yang lepas Ketuhar Shaaz ada buat kek Kurma Cranberries. Tapi, tak sempat nak ambil gambah dah habis di makan. Buat kek tu pun saja-saja. Kebetulan family datang ke KL. Maka saya jamu mereka dengan kek itu.

Tapi jangan risau, akan ada update terbaru untuk projek terbaru Ketuhar Shaaz. Ketuhar Shaaz akan bake Moist Chocolate Cake untuk hari jadi BFF Cik Shaaz. Dan berkilo-kilo Chocolate Chip Cookies akan di produce untuk jualan terbuka. So.... nanti silalah berkunjung ke sini untuk meninjau projek terbaru Ketuhar Shaaz. Till then. ^_^

12.11.2011

Chocolate Chip Cookies

Cookies... cookies... cookies... Chocolate Chip Cookies ini mostly semua orang suka. Saya sendiri suka. Kalau setiap kali lalu kedai atau booth Fames Ames... pasti akan singgah. Tak perlu tunggu nampak kedai... bila terbau je terus cari. Siapa yang tak suka biskut Fames Ames kan? Ihsan dari saudara saya... saya berjaya buat biskut yg hasilnya sama seperti Fames Ames. Ye ke sama? Tak la sama macam Fames Ames tu dan tak la sesedap Fames Ames tu... Tapi LEBIH sedap dan LEBIH best dari Fames Ames. Kalau tak percaya cubalah.

Chocolate Chip Cookies 
RM5.50 / 100gram
(delivery or postage only available for 400gram and above)

12.10.2011

Pavlova

Masa family datang ke KL bulan lepas, saya cuba-cuba buat Pavlova untuk dihidangkan kepada keluarga. Maklum lah... cuti sekolah... anak-anak buah pun ada. Budak-budak kan suka strawberry... Saya buat Pavlova dan upload gambar ke Facebook. Kebetulan kawan saya suka Pavlova ni. Bila dia tengok gambar yang saya upload terus dia tanya... Berapa saya jual. Saya beritahu dia... Pavlova ni saya buat suka-suka je. Tak jual pun sebab kosnya agak mahal. Rata-rata saya survey ada yang jual sehingga RM120. Uishhhh... Nak dijadikan cerita... dia minta bagi sebutharga sebab dia nak order... Maka setelah saya mengira dan mengira maka dia bersetuju dengan harga saya. Bagi topping Strawberry dan Kiwi harganya adalah RM55. Nak tengok tak Pavlova saya ditempah ni? Jeng jeng jeng....

Pavlova with Strawberry and Kiwi topping

Pavlova ready to go....

Thank Yan for the order. Sesiapa yang berminat nak order boleh la emai/call/sms saya. Oh... sebelum terlupa... Pavlova ni kalau nak order.. tiada khidmat penghantaran. Self pick-up ye. ^_^

12.01.2011

Hantaran Fafa

Macaron ni di order oleh sahabat saya Cik Farhana yang bakal bertunang hujung minggu ini. Temanya kuning coklat. Wahhhhh... Manis sungguh temanya kan. Dengan filing coklat, caramel dan coffee. Hopefully kamu tersenyum ketika menikmati macaron ini ya.


Selamat bertunang Fafa... cepat-cepat kawen ye.... ^_^

Moist Chocolate Cake

Hai semua. Seperti dijanjikan inilah dia Moist Chocolate Cake. Rasanya sangat sedap lembut, lembap dengan keenakan chocolate yang melampau. Apa lagi, Jom la try.

Moist Chocolate Cake
Price : RM12

Kalau nak sebiji yang bulat pun boleh order. Tapi harganya lain ye. Anything you can just drop an email to 
ketuharshaaz@gmail.com

11.17.2011

Macaron Filing

You may request your macaron with any filing as below:

+ Strawberry
+ Chocolate Ganache
+ Peanut Butter
+ Caramel
+ Butter Vanilla
+ Lemon
+ Coffee
+ Orange

11.13.2011

Hantaran Pertunangan Emi

Dari minggu lepas saya berhutang untuk post macaron hantaran pertunangan kat kamu-kamu semua. Maaf sangat atas keterlewatan post ni. Bukan apa, aritu sibuk sikit dengan delivery dan kereta saya kene langgar. Itu yang semua pon jadi delay. Anyway, seperti yang dijanjikan... inilah tempahan macaron sebagai hantaran pertunangan yang bertemakan BIRU + PINK

.




Selamat Bertunang Emi. ^_^.

Pack of 3

Ramai kawan-kawan yang request nak tengok... macam mana pack of 3? Apa tu pack of 3. Pack of 3 ni kiranya macam trial pack la. Memandangkan tiada sample dibekalkan.  So kalau macam terasa agak membebankan untuk mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk pakej-pakej lain... boleh la cuba yang ini. Akan tetapi... pack of 3 hanya available untuk self pick-up. So kalau nak rasa dan nak beli pack of 3 ini... haruslah anda menghubingi saya untuk proses serahan. Dan... sebarang order untuk pack of 3 adalah tertakluk kepada stock availability. Tapi kalau ada ramai yang order... makan anda akan dapat lebih awal. InsyaALLAH. 
Mix flavor in Pack of 3: Chocolate Ganache, Peanut & Strawberry 

11.08.2011

Macaron in the Making - Part 1

Salam semua. Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari ini, saya tak kerja. Ambil cuti sebab nak siapkan tempahan untuk majlis pertunangan adik kepada kawan saya. Maka, saya pun mengambil kesempatan buat 3 warna untuk batch macaron kali ini. Jom tinjau jom!

3 warna yang sangat comel : Kuning, Pink dan Biru

Yang ini without filing sebab tak sabar sangat nak 
ambil gambar untuk tatapan kamu2 semua ^_^

Macaron beratur ramai-ramai dalam container

Ordered by my housemate sebagai hadiah hari jadi untuk kawannya.

Alhamdulillah macaron jadi sangat cantik dan gebu. It's just perfect. I knew the top secret of making the macaron. Everything need to be perfect macam buat experimen kimia dalam science lab. Satu silap... punah ranah la macaron. Harus perfect dari segi bahan, alatan, suhu, cuaca dan sebagainya. Betapa leceh buat macaron ni tapi hasilnya... bila tengok macaron gebu-gebu yang cantik... hilang semua penat lelah. It makes me smile even when I sleep. 

Anyway, ada satu pengumuman penting ni. NEW FILING AVAILABLE!!!! ORANGE, COFFEE & LEMON. So apa lagi, jom la order untuk sama-sama berkongsi kenikmatan rasa macaron dengan filing terbaru. InsyaALLAH... akan ada satu lagi tambahan filing baru. In the process. So... make sure selalu singgah sini untuk catch-up the story. Dan jangan lupa ajak kawan-kawan follow Ketuhar ShaAz sebab ada hadiah menarik menanti follower bertuah.

p/s: Malam ni sesi menghias macaron untuk hantaran tunang... so jangan lupa singgah dan tengok hasilnya ok. Boleh order untuk majlis bahagia kamu-kamu nanti. 

11.03.2011

Purple and Green Macaron

Kak Liza officemate lama place an order for 16 pcs mix flavour macaron. So, struggle la buat macaron sebagaimana yang ditempah. Tapi entah kenapa, bad luck sedikit dan macaron tidak membulat sebagaimana sepatutnya. Akibat silicon paper yang tidak berapa nak membantu that day, end up macaron sedikit membujur. Sorry sangat-sangat wahai Kak Liza sayang. Sebagai tanda minta maaf, saya bagi extra macaron. But still... the same price of course. InsyaALLAH the taste masih sama dan harap sangat-sangat Kak Liza dan anak-anak suka. 


16 pcs Macaron for Kak Liza


Ini pula, Pack of 3 Mix Macaron ordered by a few friends. 


Terima kasih semua atas sokongan dan tempahan dari kamu-kamu semua. Sayang kamu semua. My next Macaron project is... Macaron for engagement. 

See you soon......

11.02.2011

Smurf Macaron


MACARON ordered by a friend
16 pcs with mix flavour
(chocolate ganache, peanut butter & strawberry)