...................................................................................................

Salam semua. Ceria tak hari ni? Kalau tak berapa nak ceria, you have come to a right place. Ketuhar ShaAz baru dilancarkan dan menyediakan MACARON enak untuk anda nikmati. Manisnya MACARON ini... Well, MACARON memang la manis. Kalau tak manis tak la dia jadi pemanis mulut. MACARON adalah sejenis manisan yang berasal dari Perancis. So, bersempena pembukaan Ketuhar ShaAz.. anda boleh menikmati MACARON yang sedap ni dengan harga yang berpatutan. So, apa lagi? Jom la order.

...................................................................................................

2.07.2012

Macaron Again

Salam semua. Its been a while sampai bersarang blog ini kan? I've been baking in my little kitchen memenuhi permintaan dan tempahan sehingga sulit sekali mencari masa untuk edit gambar-gambar dan post di sini. Malam ini baru berkesempatan. Well here some pictures of macaron yang ditempah oleh Cik Intan sempena majlis petunangannya last Saturday. 4 Feb 2012.... 

Macaron for Goodies Bag

Yang ini pulak sebagai hantaran

Thanks dear for the order. Btw, filing yang diminta adalah... Chocolate Ganache, Caramel, Lemon Buttercream dan Strawberry. Alhamdulillah she said dia sangat-sangat berpuas hari. Thanks again. Muah muah muah... Esok malam I'll update lagi k. See ya. 

1.09.2012

Projek Baru

Salam semua. Lama saya tak update apa-apa entry kan. Ni nak berbisnes ke tak ni? Eh... mestilah nak.Beberapa minggu lepas, saya agak sibuk menyiapkan tempahan cookies. 6 kg of Fames Chocolate Chip Cookies telah terjual. Maklumla... saya tak ada pekerja. Buat sendiri... tu yang agak mencabar. Hehehe... Sibuk sampai tak sempat nak update gambar. Nak update blog pun tak sempat. Macam mana nak sempat kalau dah hampir tiap-tiap malam saya tidur pukul 2 3 pagi.

Syukur alhamdulillah. Kepada mereka-mereka yang sudi membuat tempahan di Ketuhar Shaaz. Respon dari pembeli pun... Alhamdulillah. Membuatkan Ketuhar Shaaz seronok nak baking-baking lagi.

Weekend yang lepas Ketuhar Shaaz ada buat kek Kurma Cranberries. Tapi, tak sempat nak ambil gambah dah habis di makan. Buat kek tu pun saja-saja. Kebetulan family datang ke KL. Maka saya jamu mereka dengan kek itu.

Tapi jangan risau, akan ada update terbaru untuk projek terbaru Ketuhar Shaaz. Ketuhar Shaaz akan bake Moist Chocolate Cake untuk hari jadi BFF Cik Shaaz. Dan berkilo-kilo Chocolate Chip Cookies akan di produce untuk jualan terbuka. So.... nanti silalah berkunjung ke sini untuk meninjau projek terbaru Ketuhar Shaaz. Till then. ^_^

12.11.2011

Chocolate Chip Cookies

Cookies... cookies... cookies... Chocolate Chip Cookies ini mostly semua orang suka. Saya sendiri suka. Kalau setiap kali lalu kedai atau booth Fames Ames... pasti akan singgah. Tak perlu tunggu nampak kedai... bila terbau je terus cari. Siapa yang tak suka biskut Fames Ames kan? Ihsan dari saudara saya... saya berjaya buat biskut yg hasilnya sama seperti Fames Ames. Ye ke sama? Tak la sama macam Fames Ames tu dan tak la sesedap Fames Ames tu... Tapi LEBIH sedap dan LEBIH best dari Fames Ames. Kalau tak percaya cubalah.

Chocolate Chip Cookies 
RM5.50 / 100gram
(delivery or postage only available for 400gram and above)

12.10.2011

Pavlova

Masa family datang ke KL bulan lepas, saya cuba-cuba buat Pavlova untuk dihidangkan kepada keluarga. Maklum lah... cuti sekolah... anak-anak buah pun ada. Budak-budak kan suka strawberry... Saya buat Pavlova dan upload gambar ke Facebook. Kebetulan kawan saya suka Pavlova ni. Bila dia tengok gambar yang saya upload terus dia tanya... Berapa saya jual. Saya beritahu dia... Pavlova ni saya buat suka-suka je. Tak jual pun sebab kosnya agak mahal. Rata-rata saya survey ada yang jual sehingga RM120. Uishhhh... Nak dijadikan cerita... dia minta bagi sebutharga sebab dia nak order... Maka setelah saya mengira dan mengira maka dia bersetuju dengan harga saya. Bagi topping Strawberry dan Kiwi harganya adalah RM55. Nak tengok tak Pavlova saya ditempah ni? Jeng jeng jeng....

Pavlova with Strawberry and Kiwi topping

Pavlova ready to go....

Thank Yan for the order. Sesiapa yang berminat nak order boleh la emai/call/sms saya. Oh... sebelum terlupa... Pavlova ni kalau nak order.. tiada khidmat penghantaran. Self pick-up ye. ^_^

12.01.2011

Hantaran Fafa

Macaron ni di order oleh sahabat saya Cik Farhana yang bakal bertunang hujung minggu ini. Temanya kuning coklat. Wahhhhh... Manis sungguh temanya kan. Dengan filing coklat, caramel dan coffee. Hopefully kamu tersenyum ketika menikmati macaron ini ya.


Selamat bertunang Fafa... cepat-cepat kawen ye.... ^_^

Moist Chocolate Cake

Hai semua. Seperti dijanjikan inilah dia Moist Chocolate Cake. Rasanya sangat sedap lembut, lembap dengan keenakan chocolate yang melampau. Apa lagi, Jom la try.

Moist Chocolate Cake
Price : RM12

Kalau nak sebiji yang bulat pun boleh order. Tapi harganya lain ye. Anything you can just drop an email to 
ketuharshaaz@gmail.com

11.17.2011

Macaron Filing

You may request your macaron with any filing as below:

+ Strawberry
+ Chocolate Ganache
+ Peanut Butter
+ Caramel
+ Butter Vanilla
+ Lemon
+ Coffee
+ Orange